Sunday 14 August 2011

Maafkan aku..


Buat kali pertama aku benar-benar mengenali apa itu erti sebuah cinta. Menyintai dia bukanlah capaian tertinggi yang pernah aku lalui. Namun,hadirnya tika kaki ini diambang kepayahan. Cuba bertatih dan jika mampu aku mahu terus bangkit dan terus berlari bersama dia. Tentu saja ianya bisa jika aku dan dia benar punya masa depan bersama. Saat aku kaku untuk melangkah dia jugalah yang hadir sentiasa menemaniku. Tutur katanya,budi bicaranya buat aku lupa yang hidup ini terlalu sukar untuk aku lalui sendirian. Aku lupa seketika apa erti kesakitan yang pernah aku lalui sebelum ini. Namun,seringnya ketika kami sama-sama melangkah aku menyakitinya. Hati yang aku sakiti tak pernah aku sedari. Dia yang bersahaja tika badai melanda buatkan aku tak pernah bayangkan deritanya. Tiap titis airmatanya yang gugur ternyata ada kekecewaan yang aku hadiahkan buat dia. Jika mampu untuk kutatap wajahnya setiap detik. Jika aku mampu memberi bahagia tanpa derita,mungkin dia tidak akan pergi dengan diari paling pedih yang aku catatkan buat dia. Seandainya maaf adalah kata sakti yang mampu  menyembuhkan.. seluas-luasnya hamparan kemaafan buat dia.. Kini,mampu aku terus berdiri tanpa kehadiran dia. Kekuatan yang ditinggalkan  mematangkan aku. Amat menyakitkan tatkala maaf hanya bersandar pada kenangan lama. Dia pergi bersama kemaafan  yang aku harapkan. Jika dapat kuundur masa,aku mohon biarlah dia tidak pernah mengenali aku. Selamat jalan buatmu sayang.. maafkan aku buat kali terakhir jika kamu mendengar kata hati ini. maaf..cinta untuk selamanya itu bukan milik kamu..