Monday 3 October 2011

Alhamdulillah..


Terkadang benci sekali mengakui yang hati masih mengharap agar segalanya bermula sama seperti dulu. Berharap agar masih ada peluang kedua untuk diri sendiri. Peluang agar mampu untuk melakukan hal-hal terbaik yang selama ini mungkin sukar untuk dilakukan. ketika dibukakan pintu hati ini seluas-luasnya mengenali erti sebuah cinta,terleka sebentar yang ianya hanya pinjaman semata. Tatkala rebah tersungkur atas sebuah kegagalan,tatkala remuk hati dikecewakan,semangat pergi bersama kecintaan itu. Tak terlihat langsung ada cahaya yang selama ini sengaja dimalapkan. Ia bersinar,berkilau malah menerangi saat kaku berdiri tanpa cahayanya. Jatuh tanpa ada yang membangkitkan,lemah tanpa ada yang memapah,sakit itu hanya Dia yang tahu.
Dia hadir setiap masa tanpa disedari. Dia hadir memberi erti. Dia hadir memberi makna,membuka semula pintu hati seluas-luasnya demi mencari sedikit keredhaan untuk terus berteduh. Dia mengetahui segalanya malah mengaturnya dengan begitu baik sekali. Perjalanan yang tak mudah untuk dilalui supaya lebih menghargai. Perjalanan yang tidak begitu sukar dihadapi supaya keluhan itu tidak mematahkan semangat yang tinggal.
Ketika jari masih menari mencatatkan kisah,ketika mata masih segar melihat sinar,ketika hati masih menerima segala keterbukaan. Dia..masih disisi,membimbing,mengirimkan semangat buat setiap hati yang terluka. Dugaannya tidak sia-sia,Dia menunjukkan segala kebenaran dalam penolakan hati yang hina. Dia yang menerima seadanya tanpa syarat.
Terkadang mengabaikan,terleka,malah lupa untuk bersyukur atas apa yang diberi. Kebahagiaan,kesakitan,kecintaan,kelukaan,keindahan malah keburukan pinjaman itu tentunya lebih bermakna andai tahu menghargai.
Dengan segalanya,diri dan hati belajar merendah diri. Dengan segala yang berlaku,usahlah bertanya lagi hikmah yang masih belum terlihat pada awalnya. Kerana setiap duka yang dikirim,itu bermakna Dia sedang menguji. Kerana setiap kegagalan yang diwujudkan,hanya untuk kita lebih kuat bangkit dari kegagalan.
Syukur dan redha atas apa yang terjadi kerana tiap titis sukar yang mengalir itu hanya Dia tahu kemanisan apa yang menyusul. Dia memberikan apa yang kita perlukan,percaya hanya Dia tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya..

Tuesday 6 September 2011

Apabila langkah pertama ini terlalu sukar.. Malah mengharunginya juga benar-benar payah.. Tidak layak andai diri ini digandingkan dengan dia.. Namun,kerasnya hati tetap meneruskan sesuatu yang tidak akan mungkin untuk direalisasikan lagi.. Pertama,ianya terlalu sukar.. Kedua,ia bertambah sukar .. Sakitnya melangkah tatkala apa yang dipijak sebenarnya bara yang tak terlihat.. Untuk mengakui masih menyinta,masih menginginkannya bukan mudah.. Dia tidak hadir buat kali kedua,ketiga dan seterusnya.. Sekadar menjenguk pada cerita lalu.. Tidak terlintas menyakiti malah mengecewakan..  Hanya sekadar mahu meneruskan perjalanan tanpa ada hati-hati yang tersakiti..
Namun..
Sesungguhnya,takdir yang terjadi adalah sesuatu yang tidak sama sekali dalam dugaan.. Benar..amat perit dan payah apabila melepaskan sesuatu yang pernah singgah di hati.. Mungkin terlupa sesekali yang pinjaman itu pasti akan ditarik semula andai dia menginginkannya.. Bersyukur atas apa yang pernah dilalui.. Kerana pada akhirnya kemanisan pasti menyusul.. Berdoa.. Dan terus berdoa seandainya bahagia masih milik hati yang hina ini.. Moga sentiasa dibawah keredhaannya kerana terlalu hina untuk memohon agar ianya mampu diulangi semula..
Sungguh..!! Benar-benar tiada ku mengerti apakah selama ini yang telah dilakukan.. Memikirkan betapa bodohnya tindakan sedangkan bahagia itu sentiasa ada sebelumnya.. Menghancurkan diri sendiri dengan menyerahkan sesuatu yang amat berharga walaupun ianya hanya sekeping hati.. Butakah untuk menilai hanya dari luaran dan kata-kata.. Bersalah pada diri sendiri kerana tidak tahu bagaimana menjaga perasaan sendiri.. Ia remuk lagi..!!
Benar..!!Ianya terlalu sukar untuk dilalui.. Sendirian.. Menanti masih adakah lagi peluang menjenguk sedikit kebahagiaan.. Puas membuka hati seluas-luasnya demi sekeping hati yang tidak rela ditinggalkan dan dihancurkan.. Ternyata peluang itu adalah bagi diri ini untuk menangis lagi.. Airmata yang mengalir tanpa hentinya.. Mengalir bersama-sama kebodohan yang sukar untuk ditebus.. Ternyata peluang yang dibuka adalah kekecewaan yang sukar dihadapi.. Buat kali kedua..
Puas menolak..menidakkan..menghindarkan diri.. Namun,tegar jua ia menghampiri.. Kuatlah hati.. Tabahlah jiwa yang rapuh.. Kirimkan semangat yang hilang bersama masa depan..
Redha.. Teruskan pergi andai tiada aku dalam istikharahmu.. Teruskan berlalu andai bukan aku bidadari syurgamu.. Doaku sedikit demi sedikit cinta untukmu pudar bersama waktu..
‘’saya hanya manusia biasa yang bisa menyakiti,mungkin saya bisa menghancurkan kamu.. Mungkin penuh dengan kesalahan yang sama ada disengajakan atau sebaliknya.. Cubalah bersabar dan bertahan..’’ mungkin keterlaluan permintaan itu sehingga tidak ada lagi kali yang kedua.. Kini mampuku tersenyum kerana segala kebarangkalian yang pernah diperkatakan benar-benar terjadi.. Yang menjadi semangat sedang menjadi penghancur.. Yang menjadi kekuatan bertukar menjadi kelemahan..yang menjadi tempat curahan suka dan duka kini bertukar menjadi beban yang terlalu berat.. Yang pernah menjadi penenang kini rupanya pengganggu keamanan.. Semoga masih tercatat bahagia itu milikku..Amin..

Sunday 14 August 2011

Maafkan aku..


Buat kali pertama aku benar-benar mengenali apa itu erti sebuah cinta. Menyintai dia bukanlah capaian tertinggi yang pernah aku lalui. Namun,hadirnya tika kaki ini diambang kepayahan. Cuba bertatih dan jika mampu aku mahu terus bangkit dan terus berlari bersama dia. Tentu saja ianya bisa jika aku dan dia benar punya masa depan bersama. Saat aku kaku untuk melangkah dia jugalah yang hadir sentiasa menemaniku. Tutur katanya,budi bicaranya buat aku lupa yang hidup ini terlalu sukar untuk aku lalui sendirian. Aku lupa seketika apa erti kesakitan yang pernah aku lalui sebelum ini. Namun,seringnya ketika kami sama-sama melangkah aku menyakitinya. Hati yang aku sakiti tak pernah aku sedari. Dia yang bersahaja tika badai melanda buatkan aku tak pernah bayangkan deritanya. Tiap titis airmatanya yang gugur ternyata ada kekecewaan yang aku hadiahkan buat dia. Jika mampu untuk kutatap wajahnya setiap detik. Jika aku mampu memberi bahagia tanpa derita,mungkin dia tidak akan pergi dengan diari paling pedih yang aku catatkan buat dia. Seandainya maaf adalah kata sakti yang mampu  menyembuhkan.. seluas-luasnya hamparan kemaafan buat dia.. Kini,mampu aku terus berdiri tanpa kehadiran dia. Kekuatan yang ditinggalkan  mematangkan aku. Amat menyakitkan tatkala maaf hanya bersandar pada kenangan lama. Dia pergi bersama kemaafan  yang aku harapkan. Jika dapat kuundur masa,aku mohon biarlah dia tidak pernah mengenali aku. Selamat jalan buatmu sayang.. maafkan aku buat kali terakhir jika kamu mendengar kata hati ini. maaf..cinta untuk selamanya itu bukan milik kamu..

Monday 18 July 2011

Biarkan Ia Pergi..


Buat kamu..
Pabila mengingati semula detik pertama menyerahkan hati ini kepada seseorang setelah pernah kehilangan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Lama berfikir ..cuba untuk mengkaji sedalamnya adakah benar apa yang sedang diri ini lakukan. Menitis airmata tatkala menyerahkan hati ini pada yang lain. Mencuba bukan lagi suatu keutamaan,namun apa yang paling penting tindakan untuk membuat keputusan yang sudah pastinya akan mempengaruhi masa hadapan yang masih jauh. Kerana hanya satu sahaja lagi kesilapan dalam memilih ianya akan mempengaruhi seluruh hidup ini.

Pernah satu ketika bila diri ini jatuh,benar-benar tak mampu untuk berdiri,terasa benar-benar kehilangan,kecewa sebenar-benarnya terluka. Hanya satu perkara yang terlintas iaitu takkan cuba untuk menyintai lagi biar siapa pun yang hadir. Lama,menutup pintu hati ini pada mana-mana hati sekalipun. Tidak akan mencuba lagi buat kali yang kedua.

Apalah ada pada hati kita sedangkan yang merencana segalanya hanya Dia yang tahu. Diberikan seseorang yang lain untuk memaknakan lagi hati ini. Walau sekuat manapun hati kita menentang ianya hadir,semakin hebatlah ianya tiba mengetuk pintu hati ini. Walau seego manapun hati kita,sekuat manapun kita menahan jika ditakdirkan Dia menginginkan sesuatu yang lain buat kita maka redhalah. Terima dengan seadanya andai itulah yang sebenarnya terbaik buat kita yang pastinya tidak akan tahu apa yang terbaik buat kita. apa yang pasti segala yang diberikanNya adalah pinjaman semata,termasuklah perasaan cinta itu sendiri.

Pabila hadir insan baru janganlah terus menidakkan kehadirannya. Benar,langkah pertamalah yang paling sukar berbanding meneruskan langkah ini. Walau ia tidak hadir sama seperti yang pernah kita kenali. Walau hadirnya bukan untuk menjadi milik kita sekalipun,janganlah dinafikan kehadirannya. Sedangkan kita tahu yang pergi akan tetap pergi andai ia bukan milik kita. Benar yang hadir tidak akan sama dengan sebelumnya. Anggaplah perbezaan itu sebagai sesuatu yang baru yang akan kita pelajari buat diri kita sendiri. Selagi masih ada keluarga,dan sahabat percayalah yang kita masih mampu untuk tersenyum bahagia.

Kadangkala perpisahan itu penting berlaku pada diri kita,kerana kadang kepergiannya memberikan semangat dan sumber inspirasi untuk kita bangkit dan berpijak semula diatas bumi yang nyata. Benar,ianya tidak akan mudah sama sekali. Bila kita masih menangis ketika teringatkan cinta lalu,biarlah tangisan itu sebuah tangisan ketabahan yang dikirimkan buat kita. Pilihan bahagia atau derita hanya ada ditangan kita untuk memilihnya.
Buat yang pernah meninggalkan,kata-kata  ini untuk kamu :
Terima kasih kerana meninggalkan..
Terima kasih atas kekecewaan yang mengajarkan ketabahan kepada diri ini..
Terima kasih atas sebuah persahabatan yang tak terhingga indahnya..
Sungguh diri ini berterima kasih kerana perginya kamu menghadiahkan sesuatu yang lebih berharga buat diri ini.


Salam Manis dari seorang Teman..

Saturday 16 July 2011

Menangislah..


Dalam kita melangkah pasti ada hati yang akan kita sakiti tanpa kita sedari. Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang yang rasional dalam berfikir dan bertindak namun,ada kalanya tergelincir jua. Tidak terlintas langsung untuk melukakan jauh sekali untuk mengguris perasaan sesiapa.
Bukan juga niat untuk mengambil semula apa yang telah lama ditinggalkan. Begitu gusar andai yang hampiri kini sama seperti apa yang pernah dilalui sebelumnya. Begitu berhati-hati sehingga hampir kehilangan apa yang sebenarnya ditakdirkan buat kita. Hampir-hampir tersalah langkah dan risau andai kaki tersalah langkah buat kali kedua. Yang pertama mungkin dialah milik kita namun,jika terus berjalan tanpa henti mungkin diakhirnya ada yang benar terbaik buat kita.
Bukan menidakkan kesetiaan buat yang pertama,atau yang terdahulu. Namun realiti yang sedang ditempuh itu adalah lebih baik berbanding menanti sesuatu yang tidak akan mungkin berlaku. Ditakdirkan setiap kita akan berjumpa dan bersama dengan yang sepatutnya,jadi berjalanlah tanpa henti.
Teruskan berjalan walau lenguh kaki berpijak di bumi yang nyata,walau jenuh melihat situasi yang sama. Mengertilah bahawa hati yang pernah terluka tidak akan mungkin melukakan dengan teganya. Walaupun dialah cinta yang terindah pernah berlaku dalam sejarah.
Menangislah..
Tapi,.. jangan sesekali terus menutup pintu hati yang sememangnya milik kita yang perlu kita jaga seadanya..
Menangislah..
Tapi,..biarlah tangisan itu bukan kerana dia atau cinta yang seperti angin.. yang hadirnya hanya sementara..kadang tiupannya juga hangat dan tidak selalu mendamaikan..