Thursday 21 April 2011

Sukarnya..Pergi..


Menatap sepi saat hadirnya kenangan itu dilayar fikiran ini.. sejenak rasanya ingin kupejamkan mata mengingati bait2 kata yang terbit tika hati mengalunkan cinta.. yang  hadirnya hanya difahami sesetengah jiwa yang merasakannya.. inginku bisukan saja suara yang berbisik menyatakan cinta pada setiap hati.. inginku laungkan yang setiap kata2 itu tidak benar kerana menerimanya bermakna perlu menerima juga kepergiannya dengan rela..

Setiap detik yang berjalan dimaknakan dengan sebaik mungkin.. ingin melepaskan,namun kekuatan tidak selalu berpihak pada  yang ingin menyatakannya.. ternyata pahit kebenaran itu lalu tersimpan kemas di lubuk hati.. berterus terang bermakna melukakan.. diluahkan juga mendatangkan kepedihan yang sukar untuk dimaafkan..

Bukan niat melukakan.. jauh sekali mengecewakan bila benar apa yang berada dalam hati sama dengan apa yang diluahkan selama ini.. terbuku kuat,terkunci segala kata yang selama ini ingin diluahkan.. sukarnya..
Bila saat perginya dari segala yang ada,juga belum mampu menenangkan hati yang ditinggalkan..
Buat hati yang ditinggalkan..,                                                                                                                    kemaafan yang paling tulus dihulurkan..                                                                                                           bukan niat meninggalkan..                                                                                                                             bukan niat mematahkan semangat yang pernah ditiup buatmu..

Perpisahan ini bukan apa yang dirancang,menemani setiap waktu dan detik itu terlalu bermakna sekali.. sesekali melihat betapa gembiranya kini terjawab doa yang sering dipanjatkan.. tak mampu menerima kenyataan bila pernah menyanyikan nada yang sama terpaksa pergi kerana itu takdirnya.. maaf tak mampu ucapan selamat tinggal itu diungkapkan.. biarlah kepergian ini tanpa pengetahuan..simpankan hatimu ke dalam hati yang telah tercipta buatmu.. sesungguhnya dari jauh diri ini tersenyum melihatmu.. walau kita berlainan batas waktu..
moga diketemukan semula atas keizinanNYA..

Tuesday 12 April 2011

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH....

bILA DAPAT  TAHU YANG HIDUP KITA DIPERMAINKAN.. DIPERSENDA ORANG SESUKA HATI.. 
DIRI KITA DIPERLEKEHKAN..
rASANYA DAH TAK ADA LAGI KEADILAN DALAM HIDUP NI.. 
KADANG2 KITA CUBA PUASKAN HATI SEMUA ORANG TAPI BANYAK YANG PEDIH YANG KITA DAPAT..

KITA CUBA SEDAYA UPAYA MEMAAFKAN SEBAB KITA TAHU ADA BANYAK LAGI PERKARA LAIN YANG LEBIH SERIUS YANG PERLU KITA AMBIL PERHATIAN.. ADA DUGAAN YANG LEBIH HEBAT YANG HADIR DALAM HIDUP NI..

wALAU TERUK MACAM MANA PUN KITA TERLUKA.. LUPAKANLAH SEMUANYA.. SELAGI SEMUA PERASAAN TU PINJAMAN SEMATA SELAGI ITULAH KITA KENA TERUS BERSABAR.. 

AKHIRNYA PERASAAN SEDIH,MARAH,TERLUKA TU PUN AKAN DITARIK BALIK KALAU KITA BERSABAR..

lAGIPUN,SEMPURNAKAH KITA JIKA MASIH DALAM HATI NI TERSIMPAN DENDAM YANG SUKAR UNTUK KITA PADAMKAN PADA ORANG LAIN..

sAYA MAAFKAN dia.. SAYA HARAP dia PUN MAAFKAN SAYA.. SAYA SEDAR dia SEBENARNYA CUBA UNTUK TERIMA KEADAAN..   
TAK BANYAK..SIKIT.. 
dia MAHU PUN SAYA TETAP PERNAH BUAT SALAH..
SAYA TAHU dia DAH TAK BOLEH BERPATAH BALIK AKAN KEPUTUSAN dia..   

SAYA HARAP PELUANG UNTUK SAYA DAN dia TERUS PANJANG DAN DAPAT SAYA MAKNAKAN DALAM HATI INI..

sAYA MASIH MILIK dia.. dia TETAP ADA DALAM DIRI SAYA..

dia segalanya dalam hidup saya..

IF YOU FIND YOURSELF IN LOVE WITH SOMEONE,AND THAT SOMEONE DOES NOT LOVE YOU..BE GENTLE TO YOURSELF,THERE IS NOTHING WRONG WITH YOU..BUT LOVE JUST DID NOT CHOOSE TO REST IN THAT SOMEONE’S HEART..

IF YOU FIND SOMEONE IN LOVE WITH YOU AND YOU CANNOT ANSWER THAT LOVE..
BE HONOURED THAT LOVE HAS COME BY AND CALLED ON YOUR DOOR..
BUT GENTLY REFUSE THE FEELING YOU CANNOT RETURN,AS LOVE JUST DID NOT CHOOSE TO SETTLE IN YOUR HEART..

IF YOU FIND YOURSELF IN LOVE WITH SOMEONE AND THE LOVE RETURN..

IT STILL CAN HAPPEN THAT LOVE CHOOSES TO LEAVE..

DO NOT TRY TO RECLAIM IT AND DO NOT ASSESS ANY BLAME..
LET IT GO..

DESPITE THE PAIN,THERE IS REASON AND MEANING TO THIS..
YOU CANNOT CHOOSE LOVE BY YOURSELF,

LOVE CHOOSES YOU..

Monday 11 April 2011

KEMBALI SENYUM..



Apa perasaan anda jika kekasih lama muncul semula secara tiba-tiba? Tentu perasaan anda bercampur-baur. Antara menerima dengan baik kehadirannya atau terus mengendahkan perasaan itu? Saya.. saya juga buntu dengan apa yang terjadi pada saya sejak akhir-akhir ini. Hidup saya sering tak keruan apa saja yang saya buat semuanya serba tak kena. Saya cuba usir perasaan itu namun,ianya makin membelenggu jiwa saya. Rupanya benar yang kehadirannya selepas itu membuatkan jiwa saya dilanda perasaan kecewa yang amat mendalam. Saat saya telah belajar untuk melupakan dia.kini dia muncul semula tanpa rasa bersalah terhadap saya. Dia pergi tinggalkan saya tanpa saya tahu dimana dan apa silap saya. Saya sedih memilih dia tatkala saya tahu yang hati dia masih keliru dengan apa yang telah berlaku. Kalau boleh ingin sekali rasanya saya marah si dia dengan sepenuh hati saya,kalau boleh saya mahu dia rasa apa yang saya rasa terhadap dia. Namun,anehnya perasaan marah dan geram itu hilang begitu saja saat dia meminta maaf pada saya. Benar yang selama ini saya tak pernah marah dengan dia. Saya sebenarnya lebih bimbang dengan keadaan dia. Mungkin apa yang saya sangka selama ini benar yang dia sedikit rendah diri pada saya. Saya tak pernah mahu untuk angkuh dengan apa yang saya ada jauh sekali merendahkan kredibiliti dia. Saya percaya pada takdir dan nasib seseorang bukan kita yang tentukan. Cuma usaha yang tak pernah berbelah bahagi sahaja yang mampu membawa diri seseorang ke mana arah dan tuju kehidupannya. Sama ada baik,buruk,tinggi,atau rendah sekali pun hanya kita yang mampu menentukannya. Tapi..menerima dia buat kali kedua dan seterusnya..saya benar2 buntu..

HEBAT TAPI....


Pada satu hari,ada kenalan lelaki saya kata dia selalu sedih bila dia balik ke rumah. Saya tanya kenapa. So,dia jawab dia terasa sunyi sebab masih belum beristeri. Mulanya saya ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.
Tapi,jauh di sudut hati saya benar mengiakan yang dia memang seharusnya telah berumah tangga. Dari segi usianya yang saya kira agak matang tapi taklah terlalu berumur..awal 30an,wajah tak kurang tampannya,telah pun memiliki segalanya sebagai seorang lelaki.
Namun,saya masih tertanya-tanya dimanakah silapnya. Hati nakal saya mula berkata agaknya dia ni seorang yang memilih atau sebelum ni dia pernah kecewa dengan kekasih lamanya. Hmm..ada kemungkinan semua tu pernah terjadi tapi,saya rasa kurang manis jika saya melabel dia sebegitu.
Boleh dikatakan setiap hari dia meminta saya untuk mencari seseorang yang mungkin boleh dijadikan teman buat dia.
Saya hanya tersenyum dan cuba mencongak-congak manalah tahu masih ada lagi stok kawan-kawan lama saya yang masih belum berpunya. Namun apa yang pasti takde sorang pun kawan saya yang masih solo atau bujang.
Merenung ke dalam diri sendiri saya lihat hanya diri saya yang masih belum berpunya namun,takkanlah saya yang dah agak lama berkawan dengan dia pun dia tak hiraukan. Jadi,benarlah anggapan saya yang dia mungkin seorang yang memilih ataupun seorang yang pemalu.
Namun, Mustahil dia malu kerana sebelum ini ramai gadis-gadis yang buat praktikal di syarikat kami cuba dia tackle,namun apa yang sedihnya adalah  bila semua lamaran dia ditolak mentah –mentah oleh gadis-gadis tersebut. Saya hairan kerana seperti apa yang saya katakan tadi dia memiliki pakej sebagai seorang  lelaki  yang diinginkan wanita di zaman ini. Berkerjaya,ada rupa,kewangan yang stabil dan seorang yang begitu menjaga adab dan sopan .
Ada kemungkinan juga gadis-gadis tersebut telah pun berpunya,almaklumlah budak-budak muda zaman sekarang ni lebih advance .Lama saya cuba selami apa yang dia rasakan dan ceritakan rupanya,benarlah anggapan saya sebelum ini yang dia pernah putus cinta dan akhirnya kecewa.
Mereka bercinta setelah tamat persekolahan. Benar dia menyintai gadis tersebut namun,keluarga  di sebelah gadis pula yang meminta sesuatu yang jauh dari kemampuan kawan saya ni. Akhirnya apabila selalu sangat pendapat yang tak sehaluan akhirnya hubungan tu terpaksa menemui penghujungnya.
Bertahun dia kecewa dengan apa yang berlaku,lalu hanya ada satu saja cara yang boleh dia lakukan untuk melupakan segala kekecewaan dia adalah dengan bekerja dalam erti kata lain workaholic. Bertahun jugalah dia mengubat kekecewaan dia sampai tak sedar yang masa dah terlalu jauh meninggalkan dia. Usia pun semakin meningkat dan dia juga dapat tahu yang kekasih lama dia sedang meniti kebahagian bersama keluarganya. Akhirnya terungkai segala persoalan yang berada di fikiran saya kenapa agaknya kawan saya ni masih bujang sampai ke hari ini.kini dia telah memiliki segala-galanya yang ibu kekasih lama dia mahukan namun,segalanya telah terlewat.
Setelah dia menyedari segalanya rupa-rupanya semuanya telah pun terlewat. Sedih mendengar pengalaman dari orang lain yang saya anggap akan menjadi iktibar buat saya. Saya juga pernah kecewa dalam bercinta dan yakin ramai juga yang mengalami nasib yang sama dengan saya.
Saya juga tidak mahu meneruskan kekecewaan itu seandainya ia memakan separuh dari jumlah hidup saya yang ada. Kini saya kesal kerana asyik merenung kisah lalu tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akan saya lalui nanti. Dalam pada saya ingin mengubat luka dihati saya rupanya tanpa saya sedari kenangan itu juga telah pergi mencari kebahagiannya sendiri.
apa yang penting saya mahu terus ke hadapan dan kadang sesekali merenung kisah lalu hanya untuk di jadikan kenangan manis yang terindah. Terima kasih atas cinta awak yang pada saya sangat bererti walaupun ianya tidak disulami seperti apa yang orang katakan sebagai  perasaan cinta.

IT's NOT EASY..

Ia tak mudah.. memberi peluang pada orang lain untuk masuk kedalam hidup kita buat  selamanya.. 

lebih2 lagi kalau orang tu bukan dari darah daging kita sendiri.. 

faham..

hidup perlu diteruskan andai ada hubungan yang kekalnya hanya separuh jalan..

tapi,ia takkan mudah kalau kita dah biasa menjalani kehidupan bersama dengan seseorang yang kita sangat2 sayang.. 

kalau dulu,kitalah segalanya bagi dia.. sekarang kita dah jadi yang kedua atau mungkin yang terakhir untuk difikirkan..  

sayangkan dia tapi,dia dah pilih orang lain untuk dia berkongsi segalanya.. 
saya..? 

hmm..mungkin dah tak bermakna lagi..
Maaflah,sebab terlalu ego untuk terima semua 2.. 

tak biasa tak masak untuk DIA,tak cuci baju DIA..tak nak teman DIA masa DIA tak sihat.. sayang DIA.. tapi sayang  M jugak.. 

keadaan dah tak macam dulu lagi.. 
setiap kali kalau melangkah melawat DIA mesti ada bisikan yang menghalang dari pergi  ke sana.. 
masa DIA datang melawat  kat tempat kerja,tau.. yang DIA sebenarnya sangat2 RINDU pada saya.. saya tau..walaupun DIA tak bagitau..
masa 2 saya nak peluk DIA kuat2..nak bagitau kat DIA yang saya sangat2 sayangkan DIA..

nak DIA dengar yang hati saya menangis setiap hari sebab terlalu rindukan DIA..kalau boleh Saya nak DIA tinggal dengan saya.. ianya tak mudah bagi saya,sebab saya tetap dengan ego saya yang DIA dah tak perlukan saya lagi..

bila pergi rumah kami yang dulu,saya selalu pejam mata untuk bayangkan semula suasana yang dulunya sangat ceria,bahagia dengan semua gelak tawa kami.. 
bila menjelang hari raya rumah pertama yang saya pergi mesti rumah DIA walaupun saya tau M pun sedih lepaskan kami pergi di pagi2 raya pertama.. 

DIA dah pun ada yang pertama dalam hati DIA walaupun sesekali berjumpa saya nampak ada riak terkilan di hati DIA.. 

Saya tak marah dengan keputusan die sebab saya tau memang dah tiba masanya DIA memilih yang lain.. memang takkan mudah menerima sesuatu yang baru dalam hidup ni..
buat DIA yang sangat saya sayang maafkan saya kerana masih ego.. 
buat M juga yang saya sangat2 sayang..saya tetap akan jaga sampai bila2..
maafkan saya ye..saya tau saya masih bersalah..