Wednesday, 1 February 2012

Kisah Hati....

Bismillahhirrahmanirrahim..

 Ehem..ehem..saya menulis lagi.. maaf bukan untuk meminta simpati..sekadar berkongsi secebis rasa hati..about few past day dat i'm gone through..about every single day dat i walk through.. HUHH!!what a tough life!!
pertama sekali,nk wish kt diri sendiri happy 25th!! should be adult by now..HAHA!! so many laugh ,even tears as well.. xkisahla..xpenting pun!! certain2 thing that happen last year..
1 of my BFF get married n now mummy 2 be..1 of my BFF is getting engaged n after that get married of coz..Happy for them..Alhamdulillah...saya? tak sempat nak kejar dah..lalui je seadanya..masa berlalu terlalu pantas sampai saya sendiri tak sedar yang hidup juga arahnya kehadapan dan bukan ke belakang.. keadaan sekeliling yang sangat2 selesa buatkan saya fikir keadaan sentiasa akan sama sampai bila2.. Hmmm..rupanya dah jauh juga saya tinggalkan kisah hati ini.. masih ada lagi tak sisa2 hati yang tertinggal yang masih boleh digunakan..?? hmm..dah terubat kot.. ada yang pernah cakap saya ego tak pernah mengaku yang masih ada cinta pada ehem..ehem.. Tak kisahlah!! tak penting dah!! soalan mengenai jodoh,pertemuan,perpisahan..semuanya saya serah pada ketentuan Allah.. hanya Dia tahu apa yang terbaik buat setiap dari hambanya..Dia mengambil apa yang mendatangkan keburukan kepada setiap hambaNya.. Syukur.. Rahsia Allah siapa tahu kan? Yang penting jalani dengan baik.. biarlah pahit untuk dilalui tapi manis untuk dikenang..InsyaAllah..  semoga tahun ini bermula dengan baik dan diakhiri dalam keadaan yang baik juga..amin..  tinggi cita2 agar salah satu dari wishlist dapat digapai.. sekurang2nya ada banyak sebab untuk saya tersenyum lebar.. (^_^)  Nak tulis banyak lagi..tapi cukuplah buat masa ni.. Semoga tiada dendam dihati..dan teruslah berjalan tanpa henti ye..

Monday, 3 October 2011

Alhamdulillah..


Terkadang benci sekali mengakui yang hati masih mengharap agar segalanya bermula sama seperti dulu. Berharap agar masih ada peluang kedua untuk diri sendiri. Peluang agar mampu untuk melakukan hal-hal terbaik yang selama ini mungkin sukar untuk dilakukan. ketika dibukakan pintu hati ini seluas-luasnya mengenali erti sebuah cinta,terleka sebentar yang ianya hanya pinjaman semata. Tatkala rebah tersungkur atas sebuah kegagalan,tatkala remuk hati dikecewakan,semangat pergi bersama kecintaan itu. Tak terlihat langsung ada cahaya yang selama ini sengaja dimalapkan. Ia bersinar,berkilau malah menerangi saat kaku berdiri tanpa cahayanya. Jatuh tanpa ada yang membangkitkan,lemah tanpa ada yang memapah,sakit itu hanya Dia yang tahu.
Dia hadir setiap masa tanpa disedari. Dia hadir memberi erti. Dia hadir memberi makna,membuka semula pintu hati seluas-luasnya demi mencari sedikit keredhaan untuk terus berteduh. Dia mengetahui segalanya malah mengaturnya dengan begitu baik sekali. Perjalanan yang tak mudah untuk dilalui supaya lebih menghargai. Perjalanan yang tidak begitu sukar dihadapi supaya keluhan itu tidak mematahkan semangat yang tinggal.
Ketika jari masih menari mencatatkan kisah,ketika mata masih segar melihat sinar,ketika hati masih menerima segala keterbukaan. Dia..masih disisi,membimbing,mengirimkan semangat buat setiap hati yang terluka. Dugaannya tidak sia-sia,Dia menunjukkan segala kebenaran dalam penolakan hati yang hina. Dia yang menerima seadanya tanpa syarat.
Terkadang mengabaikan,terleka,malah lupa untuk bersyukur atas apa yang diberi. Kebahagiaan,kesakitan,kecintaan,kelukaan,keindahan malah keburukan pinjaman itu tentunya lebih bermakna andai tahu menghargai.
Dengan segalanya,diri dan hati belajar merendah diri. Dengan segala yang berlaku,usahlah bertanya lagi hikmah yang masih belum terlihat pada awalnya. Kerana setiap duka yang dikirim,itu bermakna Dia sedang menguji. Kerana setiap kegagalan yang diwujudkan,hanya untuk kita lebih kuat bangkit dari kegagalan.
Syukur dan redha atas apa yang terjadi kerana tiap titis sukar yang mengalir itu hanya Dia tahu kemanisan apa yang menyusul. Dia memberikan apa yang kita perlukan,percaya hanya Dia tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya..