Monday 18 July 2011

Biarkan Ia Pergi..


Buat kamu..
Pabila mengingati semula detik pertama menyerahkan hati ini kepada seseorang setelah pernah kehilangan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Lama berfikir ..cuba untuk mengkaji sedalamnya adakah benar apa yang sedang diri ini lakukan. Menitis airmata tatkala menyerahkan hati ini pada yang lain. Mencuba bukan lagi suatu keutamaan,namun apa yang paling penting tindakan untuk membuat keputusan yang sudah pastinya akan mempengaruhi masa hadapan yang masih jauh. Kerana hanya satu sahaja lagi kesilapan dalam memilih ianya akan mempengaruhi seluruh hidup ini.

Pernah satu ketika bila diri ini jatuh,benar-benar tak mampu untuk berdiri,terasa benar-benar kehilangan,kecewa sebenar-benarnya terluka. Hanya satu perkara yang terlintas iaitu takkan cuba untuk menyintai lagi biar siapa pun yang hadir. Lama,menutup pintu hati ini pada mana-mana hati sekalipun. Tidak akan mencuba lagi buat kali yang kedua.

Apalah ada pada hati kita sedangkan yang merencana segalanya hanya Dia yang tahu. Diberikan seseorang yang lain untuk memaknakan lagi hati ini. Walau sekuat manapun hati kita menentang ianya hadir,semakin hebatlah ianya tiba mengetuk pintu hati ini. Walau seego manapun hati kita,sekuat manapun kita menahan jika ditakdirkan Dia menginginkan sesuatu yang lain buat kita maka redhalah. Terima dengan seadanya andai itulah yang sebenarnya terbaik buat kita yang pastinya tidak akan tahu apa yang terbaik buat kita. apa yang pasti segala yang diberikanNya adalah pinjaman semata,termasuklah perasaan cinta itu sendiri.

Pabila hadir insan baru janganlah terus menidakkan kehadirannya. Benar,langkah pertamalah yang paling sukar berbanding meneruskan langkah ini. Walau ia tidak hadir sama seperti yang pernah kita kenali. Walau hadirnya bukan untuk menjadi milik kita sekalipun,janganlah dinafikan kehadirannya. Sedangkan kita tahu yang pergi akan tetap pergi andai ia bukan milik kita. Benar yang hadir tidak akan sama dengan sebelumnya. Anggaplah perbezaan itu sebagai sesuatu yang baru yang akan kita pelajari buat diri kita sendiri. Selagi masih ada keluarga,dan sahabat percayalah yang kita masih mampu untuk tersenyum bahagia.

Kadangkala perpisahan itu penting berlaku pada diri kita,kerana kadang kepergiannya memberikan semangat dan sumber inspirasi untuk kita bangkit dan berpijak semula diatas bumi yang nyata. Benar,ianya tidak akan mudah sama sekali. Bila kita masih menangis ketika teringatkan cinta lalu,biarlah tangisan itu sebuah tangisan ketabahan yang dikirimkan buat kita. Pilihan bahagia atau derita hanya ada ditangan kita untuk memilihnya.
Buat yang pernah meninggalkan,kata-kata  ini untuk kamu :
Terima kasih kerana meninggalkan..
Terima kasih atas kekecewaan yang mengajarkan ketabahan kepada diri ini..
Terima kasih atas sebuah persahabatan yang tak terhingga indahnya..
Sungguh diri ini berterima kasih kerana perginya kamu menghadiahkan sesuatu yang lebih berharga buat diri ini.


Salam Manis dari seorang Teman..

1 comment: