Saturday 16 July 2011

Menangislah..


Dalam kita melangkah pasti ada hati yang akan kita sakiti tanpa kita sedari. Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang yang rasional dalam berfikir dan bertindak namun,ada kalanya tergelincir jua. Tidak terlintas langsung untuk melukakan jauh sekali untuk mengguris perasaan sesiapa.
Bukan juga niat untuk mengambil semula apa yang telah lama ditinggalkan. Begitu gusar andai yang hampiri kini sama seperti apa yang pernah dilalui sebelumnya. Begitu berhati-hati sehingga hampir kehilangan apa yang sebenarnya ditakdirkan buat kita. Hampir-hampir tersalah langkah dan risau andai kaki tersalah langkah buat kali kedua. Yang pertama mungkin dialah milik kita namun,jika terus berjalan tanpa henti mungkin diakhirnya ada yang benar terbaik buat kita.
Bukan menidakkan kesetiaan buat yang pertama,atau yang terdahulu. Namun realiti yang sedang ditempuh itu adalah lebih baik berbanding menanti sesuatu yang tidak akan mungkin berlaku. Ditakdirkan setiap kita akan berjumpa dan bersama dengan yang sepatutnya,jadi berjalanlah tanpa henti.
Teruskan berjalan walau lenguh kaki berpijak di bumi yang nyata,walau jenuh melihat situasi yang sama. Mengertilah bahawa hati yang pernah terluka tidak akan mungkin melukakan dengan teganya. Walaupun dialah cinta yang terindah pernah berlaku dalam sejarah.
Menangislah..
Tapi,.. jangan sesekali terus menutup pintu hati yang sememangnya milik kita yang perlu kita jaga seadanya..
Menangislah..
Tapi,..biarlah tangisan itu bukan kerana dia atau cinta yang seperti angin.. yang hadirnya hanya sementara..kadang tiupannya juga hangat dan tidak selalu mendamaikan..

No comments:

Post a Comment