Monday 11 April 2011

HEBAT TAPI....


Pada satu hari,ada kenalan lelaki saya kata dia selalu sedih bila dia balik ke rumah. Saya tanya kenapa. So,dia jawab dia terasa sunyi sebab masih belum beristeri. Mulanya saya ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.
Tapi,jauh di sudut hati saya benar mengiakan yang dia memang seharusnya telah berumah tangga. Dari segi usianya yang saya kira agak matang tapi taklah terlalu berumur..awal 30an,wajah tak kurang tampannya,telah pun memiliki segalanya sebagai seorang lelaki.
Namun,saya masih tertanya-tanya dimanakah silapnya. Hati nakal saya mula berkata agaknya dia ni seorang yang memilih atau sebelum ni dia pernah kecewa dengan kekasih lamanya. Hmm..ada kemungkinan semua tu pernah terjadi tapi,saya rasa kurang manis jika saya melabel dia sebegitu.
Boleh dikatakan setiap hari dia meminta saya untuk mencari seseorang yang mungkin boleh dijadikan teman buat dia.
Saya hanya tersenyum dan cuba mencongak-congak manalah tahu masih ada lagi stok kawan-kawan lama saya yang masih belum berpunya. Namun apa yang pasti takde sorang pun kawan saya yang masih solo atau bujang.
Merenung ke dalam diri sendiri saya lihat hanya diri saya yang masih belum berpunya namun,takkanlah saya yang dah agak lama berkawan dengan dia pun dia tak hiraukan. Jadi,benarlah anggapan saya yang dia mungkin seorang yang memilih ataupun seorang yang pemalu.
Namun, Mustahil dia malu kerana sebelum ini ramai gadis-gadis yang buat praktikal di syarikat kami cuba dia tackle,namun apa yang sedihnya adalah  bila semua lamaran dia ditolak mentah –mentah oleh gadis-gadis tersebut. Saya hairan kerana seperti apa yang saya katakan tadi dia memiliki pakej sebagai seorang  lelaki  yang diinginkan wanita di zaman ini. Berkerjaya,ada rupa,kewangan yang stabil dan seorang yang begitu menjaga adab dan sopan .
Ada kemungkinan juga gadis-gadis tersebut telah pun berpunya,almaklumlah budak-budak muda zaman sekarang ni lebih advance .Lama saya cuba selami apa yang dia rasakan dan ceritakan rupanya,benarlah anggapan saya sebelum ini yang dia pernah putus cinta dan akhirnya kecewa.
Mereka bercinta setelah tamat persekolahan. Benar dia menyintai gadis tersebut namun,keluarga  di sebelah gadis pula yang meminta sesuatu yang jauh dari kemampuan kawan saya ni. Akhirnya apabila selalu sangat pendapat yang tak sehaluan akhirnya hubungan tu terpaksa menemui penghujungnya.
Bertahun dia kecewa dengan apa yang berlaku,lalu hanya ada satu saja cara yang boleh dia lakukan untuk melupakan segala kekecewaan dia adalah dengan bekerja dalam erti kata lain workaholic. Bertahun jugalah dia mengubat kekecewaan dia sampai tak sedar yang masa dah terlalu jauh meninggalkan dia. Usia pun semakin meningkat dan dia juga dapat tahu yang kekasih lama dia sedang meniti kebahagian bersama keluarganya. Akhirnya terungkai segala persoalan yang berada di fikiran saya kenapa agaknya kawan saya ni masih bujang sampai ke hari ini.kini dia telah memiliki segala-galanya yang ibu kekasih lama dia mahukan namun,segalanya telah terlewat.
Setelah dia menyedari segalanya rupa-rupanya semuanya telah pun terlewat. Sedih mendengar pengalaman dari orang lain yang saya anggap akan menjadi iktibar buat saya. Saya juga pernah kecewa dalam bercinta dan yakin ramai juga yang mengalami nasib yang sama dengan saya.
Saya juga tidak mahu meneruskan kekecewaan itu seandainya ia memakan separuh dari jumlah hidup saya yang ada. Kini saya kesal kerana asyik merenung kisah lalu tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akan saya lalui nanti. Dalam pada saya ingin mengubat luka dihati saya rupanya tanpa saya sedari kenangan itu juga telah pergi mencari kebahagiannya sendiri.
apa yang penting saya mahu terus ke hadapan dan kadang sesekali merenung kisah lalu hanya untuk di jadikan kenangan manis yang terindah. Terima kasih atas cinta awak yang pada saya sangat bererti walaupun ianya tidak disulami seperti apa yang orang katakan sebagai  perasaan cinta.

No comments:

Post a Comment