Wednesday 6 April 2011

Nada terindah...

Nada terindah...
Dengan nada terbaik,
Hati ini cuba mengingati,
Segala kenangan lalu..

Dengan nada terindah..
Hubungan ini terpaksa diakhiri..
Hanya kerana keadaan memaksa kita melupakan segalanya..
Tiada cinta didalamnya..
Hanya kepura-puraan dicurahkan diantaranya..

Jiwamu..Hatimu..malah Perasaanmu..
Begitu jauh dari aku..
Saat aku terharu menerima cintamu..
Rupanya kau tersenyum puas tanda kemenangan..
Atas Dendam yang pernah kau harungi..

Hanya kerana akulah pantai
Lantas kau sebagai ombak
 Dengan mudahnya aku dihempas dan dipukul semahunya..

Lalu dengan nada terbaik
Aku cuba untuk melupakan kenangan itu
Lalu dengan nada terindah
Hubungan itu harus diakhiri..

Walau pengakhirannya aku tahu
Hatimu jauh dari perasaan terluka..

Walau pengakhirannya kau tahu
Hatiku sangat terluka.. 


No comments:

Post a Comment