Wednesday 6 April 2011

Kita tak sehebat mana pun..

Prosedur di sesuatu tempat kadangkala menyukarkan sesetengah pengguna..
perkhidmatan yang ditawarkan diakui keberkesanannya namun,tak banyak,sedikit tetap ada cacat celanya..
faham..
kadang2 dalam diri kita menganggap yang sesuatu prosedur di sesebuah tempat begitu sukar..hingga ada hati2 nakal kita yang menganggap kita adalah orang yang penting dengan kata2
''why do i have 2 wait?''.
jika benar ada hati2 nakal kita yang berbisik begitu padamkanlah cepat2 ye..
mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan perhatian untuk dibantu secepat yang mungkin terutamanya hal2 hidup dan mati..
bersabarlah..
merendah diri tu lebih baik walau tinggi mana pun pangkat kita.
maknanya kita masih perlukan orang lain dalam hidup kita untuk kita sama2 berjalan..
siapalah kita nak marah orang lain bila takkan semua orang tahu yang kita ni ada pangkat yang tinggi..
ikut peraturan ye sebab semua orang adalah sama disisi peraturan yang diwujudkan..
kalau ditempat kita mesti kita harap orang faham situasi kita jadi,bila ditempat orang merendah dirilah dan bersopan..
tak jatuh pun maruah kita kalau sudi merendah diri..
malah bonus bagi semua tu adalah sebuah keikhlasan dari sebuah hati yang akan membantu kita nanti..
fahamlah,setiap orang ada hati dan perasaan begitu juga dengan kita..
pandai2lah jaga diri ye..

No comments:

Post a Comment