Thursday 7 April 2011

Berilah peluang pada diri sendiri..

         Suatu ketika hatinya pernah menyintai seseorang  dengan sepenuh hati. Cinta itu indah kerana itulah kali pertama ianya terjadi dalam hidupnya. Dia setia,jujur,malah benar-benar ikhlas disetiap perbuatannya. Bertahun-tahun cinta itu bertapak disitu,dihatinya. Menatap wajahnya sahaja sudah tahu yang dia benar-benar telah jatuh hati. Bukan cinta monyet,bukan cinta mainan baginya. Tatkala menangis mahupun gembira,dia tetap tersenyum manis. Kisah cintanya adalah kekuatan bagi hatinya. Dia tidak mengemis menagih cintanya. Namun,kisah cinta itu hanya tersemat jauh di hatinya. 


Dia pudar,kabur,malah tidak terlihat langsung kehadirannya di mata dan hati insan yang terpilih untuk dicintainya. Dari kejauhan pun cintanya tetap utuh. Bukan pintu hatinya tidak pernah disapa yang lain namun,dia tetap memilih untuk berdiam. Menolak hati yang benar menyintai kerana sudah terlalu jauh hatinya menyintai seseorang. Setiap sujudnya dia berdoa agar angin cinta itu terbang dan meresap ke hati yang dia cintai selama ini. 


        Bertahun.. Cinta itu akhirnya sampai ke hati yang dicintai. Syukur,andai itu takdirnya dia. Senyum bahagia mengiringi tiap tangis dan tawanya dia. Mengalir airmata terharu saat cinta diterima dan anganan lalu akhirnya teguh dibayangan ianya yakin dizahirkan. Terlalu yakin dengan cinta yang ada memaksanya untuk menerima apa jua tangisan dan kesedihan bila hakikat sebenar itu terhijab. Menyusul titis-titis kesedihan terlayar di ruang mata. Dia kaku,lemah dan putus asa mencari kesilapan apa yang pernah dilakukan sehingga dia akhirnya dilukakan. 


       Buat kali pertama dalam hidupnya dia belajar menerima segala yang direncana. Mengerti yang takdir tercipta penuh dengan teka-teki. Dia masih berdoa mengharap cinta itu kembali. Dia berdoa agar hati dipulihkan dan terus tenang dengan cinta sebentar yang pernah dimiliki. Kini,dia lebih mengerti tentang kehidupan. Dia mahu melepaskan segalanya dengan redha. Jauh dia pergi demi sekeping hati yang masih dipunyai. Perasaan cinta,kenangan manis,titis-titis airmata kecewa,harapan yang tinggi,kehidupan yang lancar itu diingatkan hanyalah pinjaman. Hinggalah pada suatu hari hatinya terbuka dan dimiliki seseorang yang lebih menghargai. Cinta pertama mungkin,kerana itulah yang benar-benar tulus padanya. Dia masih ragu,bimbang jika tersalah langkah lagi. 

        Hari-hari yang dilalui masih sama kerana hatinya belum diserahkan pada yang lain. Namun,niat melukakan jauh sekali dari akal warasnya. Takdir dan kuasa yang maha Esa dialihkan hatinya untuk menerima sebenar cinta. Namun,akhirnya dia juga perlu melupakan terus segalanya bila dia sudah tidak berdaya lagi senyum,menangis malah membalas cinta itu pun dia gagal. Ketentuan yang meragut segalanya dari dia. Membuat keputusan beredar dari dunia yang dipinjam sedikit nikmatnya. Kepada hati yang ditinggalkan seribu kemaafan dipohon. Tidak mampu menahan walau sesaat pemergiannya. Kesihatan yang diambil semula bukan miliknya. Kebahagiaan yang cuba dicipta dipulangkan semula. Cinta yang pernah termiliki juga bukan miliknya semata. Akhirnya dia akur pergi jauh dari segalanya. Moga dia bertemu cinta abadinya disana.

       Benar menerima dan mempunyai perasaan cinta yang mendalam milik kita. Namun,menerima setiap kegagalan juga masih milik kita. Tidak perlu sehingga berputus asa hingga memaksa kita lupa ada hati-hati yang lebih sesuai untuk kita setia padanya. Jodoh dan pertemuan itu terbuka buat semua namun,kitalah yang memilih sama ada masih ada kegembiraan untuk kita atau pun tidak. Pasrah dengan hati yang belum mahu menghargai itu terlalu kejam terhadap diri sendiri. Kerana kita tidak pasti jika masih punya waktu untuk mengecapi sedikit cinta. Tidak salah memberi peluang dan ruang bagi diri sendiri untuk mendalami erti cinta sebenar sedangkan semua perasaan itu benar dan ikhlas hadirnya.

No comments:

Post a Comment