Monday 11 April 2011

KEMBALI SENYUM..



Apa perasaan anda jika kekasih lama muncul semula secara tiba-tiba? Tentu perasaan anda bercampur-baur. Antara menerima dengan baik kehadirannya atau terus mengendahkan perasaan itu? Saya.. saya juga buntu dengan apa yang terjadi pada saya sejak akhir-akhir ini. Hidup saya sering tak keruan apa saja yang saya buat semuanya serba tak kena. Saya cuba usir perasaan itu namun,ianya makin membelenggu jiwa saya. Rupanya benar yang kehadirannya selepas itu membuatkan jiwa saya dilanda perasaan kecewa yang amat mendalam. Saat saya telah belajar untuk melupakan dia.kini dia muncul semula tanpa rasa bersalah terhadap saya. Dia pergi tinggalkan saya tanpa saya tahu dimana dan apa silap saya. Saya sedih memilih dia tatkala saya tahu yang hati dia masih keliru dengan apa yang telah berlaku. Kalau boleh ingin sekali rasanya saya marah si dia dengan sepenuh hati saya,kalau boleh saya mahu dia rasa apa yang saya rasa terhadap dia. Namun,anehnya perasaan marah dan geram itu hilang begitu saja saat dia meminta maaf pada saya. Benar yang selama ini saya tak pernah marah dengan dia. Saya sebenarnya lebih bimbang dengan keadaan dia. Mungkin apa yang saya sangka selama ini benar yang dia sedikit rendah diri pada saya. Saya tak pernah mahu untuk angkuh dengan apa yang saya ada jauh sekali merendahkan kredibiliti dia. Saya percaya pada takdir dan nasib seseorang bukan kita yang tentukan. Cuma usaha yang tak pernah berbelah bahagi sahaja yang mampu membawa diri seseorang ke mana arah dan tuju kehidupannya. Sama ada baik,buruk,tinggi,atau rendah sekali pun hanya kita yang mampu menentukannya. Tapi..menerima dia buat kali kedua dan seterusnya..saya benar2 buntu..

No comments:

Post a Comment