Wednesday 6 April 2011

Silence whispers..

Kesunyian..
Adakala ia membunuh,Adakala ia mendamaikan,
Malah mengubati sesetengah hati..
Sepi itu mengajar,hadirnya dengan iringan harmoni..
Kesetiaannya,kadangkala menyedari yang hakiki..
Pergi..
Bukan bermakna ia tak bererti lagi..
Ia masih disitu,mahu digapai namun langkah terhalang..malah hati tegar menafikan..
Teguh menanti..
Masih belum bererti hanya untuk satu hati..
Kerana..kadang..
Hidup bukan pilihan..
Pilihan juga bukan bagi setiap orang..
Malah sering juga kita tersalah dalam membuat pilihan ..
Tatkala,segala perancangan itu berjalan ..Sering onar tiba tanpa alasan..
Perlukah menoleh kebelakang..Haruskah menerima apa sahaja yang dirancang..
Persoalan akan hadir tanpa jawapan yang pasti..
Kerana disetiap jawapan penuh teka-teki yang perlu diselesaikan..
Lalu pada akhirnya..Kita pasrah..
Menerima keadaan dengan redha..terus mencari harapan untuk bersandar..
Sungguh..!! ianya sukar..

No comments:

Post a Comment